BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 1, 2011

PDRM-ATM : SEPAKAT, BERSATU PERTAHAN KEAMANAN NEGARA









Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia 



bersama-sama Tan Sri 
Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyempurnakan upacara 


pemotongan kek.SEPAKAT, BERSATU PERTAHAN KEAMANAN NEGARA Semarakkan lagi 

semangat kerjasama yang telah sedia wujud di antara PDRM dan ATM untuk terus membulatkan 

tekad, sepakat, seia-sekata dan bersatu jiwa raga demi mempertahankan watan tercinta. 

Kolaborasi di antara ATM dan PDRM perlu sentiasadiperkemas dan diperkukuhkan dan 

peningkatan kolaborasi melalui kaedah-kaedah yang efektif akan menjamin keutuhan ATM dan 

PDRM sebagai benteng utama negara sepanjang zaman.


Sepakat, Bersatu Pertahan Keamanan Negara

"..jikalau dahulu ancaman utama negara terbit daripada Perang Dunia Kedua dan pada suatu ketika negara pernah dijajah, maka kita perlu sedar dan ingat bahawa kita hendaklah memperlengkapkan diri dengan elemen-elemen semangat waja, kental dan jati diri yang sama dengan generasi terdahulu dari kita.."

"saya yakin perasaan 'comradship', 'esprit de corps' dan 'camaraderie' di kalangan kita tetap kekal dan utuh untuk bersama-sama dengan menjamin keselamatan dan kedaulatan negara," - YDH Ketua Polis Negara.

Sungai Besi , 28 Okt - "Penganjuran majlis seumpama ini sudah tentunya dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama yang telah sedia wujud di antara PDRM dan ATM untuk terus membulatkan tekad, sepakat, seia-sekata dan bersatu jiwa raga demi mempertahankan watan tercinta ini dengan berpegang teguh kepada pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Makan Malam Beradat PDRM-ATM Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2011 di Wisma Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan semua anggota polis dan tentera sama ada yang masih hidup ataupun telah terkorban demi mempertahankan bangsa dan negara adalah layak dipanggil sebagai perwira negara.

"Pada masa kini, serangan-serangan untuk menjatuhkan sesebuah negara tidak terhad kepada ketenteraan tetapi melalui faktor-faktor politik, sosial, ekonomi dan lain-lain seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah," tambahnya.

Menyokong kenyataannya itu, beliau menyatakan cabaran terhadap ATM kini telah berubah dan yakin pihak tentera telahpun mengenalpasti cabaran serta ancaman semasa dan telahpun mengatur strategi-strategi tertentu untuk menghadapinya.

Tambah beliau lagi, PDRM juga sedar bahawa strategi 'policing in nation' adalah tidak lagi boleh bersandar dengan cara lama kerana PDRM juga perlu berubah dengan peredaran masa dan perubahan landskap politik, sosial, ekonomi, teknologi, persekitaran yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam konteks kepolisan.

"Inilah sebabnya mengapa kolaborasi di antara ATM dan PDRM perlu sentiasa diperkemas dan diperkukuhkan dan peningkatan kolaborasi ini melalui kaedah-kaedah yang efektif akan menjamin keutuhan ATM dan PDRM sebagai benteng utama sepanjang zaman," ujarnya.

Dalam pada itu, YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak ATM atas tahap profesionalisme tertingginya apabila berjaya menyelamatkan seramai 23 krew Kapal MT Bunga Laurel yang telah ditawan oleh tujuh lanun Somalia pada 20 Januari 2011 dan juga kejayaan ATM dalam operasi membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap semasa insiden rusuhan rakyat di Kaherah, Mesir pada bulan Februari tahun ini.

Turut hadir pada hari ini, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Ackbal bin Haji Abdul Samad, Panglima Operasi Udara, Y.Bhg Leftenan Jeneral Raja Datuk Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas ATM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Pegawai-Pegawai ATM


Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.


Bergambar kenangan sebelum majlis bermula.


Pengiring-pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Persembahan muzik daripada Kombo ATM.


Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyempurnakan upacara pemotongan kek.


YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menerima cenderamata daripada Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.


Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menerima cenderamata daripada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Share from : RMP - KLIK SINI

p/s : Agar negara kita terjamin keselamatan nya.... AMIN ....



0 cit chat cot:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget