Salam Uolss..hehehe
Fiz ngan Erra dan luahan cinta? Wah, mcm x caya jew kan? sedangkan Erra dah adew hsband n son kan? Mungkin kew sume nie terjadi?jeng..jeng...jeng!!
Actually uolss, dowg nie digabungkan dalam 1 teater yang diarahkan oleh Khairunazwan Rodzi iaitu teater Badai Semalam bersama-sama dengan barisan pelakon ternama negara yang membintangi pementasan tersebut termasuklah Erra Fazira selaku Mazni, Aaron Aziz (Karim), Datin Umie Aida (Rohana), Ziela Jalil (Bibah), Emelda Rosmila (Mahani) dan Iqbal Taufik (Haris).
Dalam 1 temu ramah Fizz ada menyatakan bahawa :-
"Ini merupakan kali pertama saya berlakon di samping Erra dan ada babak-babak luahan cinta antara Zaki dan Mazni.
"Bayangkan untuk pelakon seperti saya yang perlu berbuat demikian dengan aktres ternama tanah air.
"Memang di awal pertemuan kami sewaktu latihan, perasaan malu itu ada dalam diri saya. Namun, semuanya perlahan-lahan dapat diatasi kerana Erra sendiri banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
"Malah, saya cukup senang bekerja dengannya kerana dia turut memberikan pendapatnya kepada saya dari segi lakonan, lontaran vokal dan penyampaian. Kalau dia sendiri tidak dapat merasai apa yang saya berikan, dia akan menegur.
"Bagi saya, kejayaan utama untuk saya apabila Erra memberitahu dia dapat merasai emosi dan penghayatan lakonan saya," kata Fizz yang mula 'berehat' daripada tawaran berlakon sejak akhir September lalu bagi menumpukan perhatian kepada pementasan yang diadaptasi daripada novel karya Khadijah Hashim itu.
Seperkara lagi yang cukup membimbangkan anak kelahiran Raub, Pahang ini tentang watak Zaki apabila dia perlu menyanyi dan menari dalam pementasan itu.
Dengan tugasan yang cukup mencabar itu, ia secara tidak langsung membuatkan Fizz berasa gusar seandainya lakonan sebagai Zaki tidak mampu memberikan impak kepada penonton.
"Memegang watak Zaki memang bukan tugas yang mudah kerana saya perlu fokus dengan apa yang saya lakukan. Gerak tari dan nyanyian perlu dijaga di samping lakonan dan pengucapan dialog agar ia kelihatan kemas serta selari di atas pentas.
"Alhamdulillah, setakat ini pencapaian saya sudah mencapai 80 peratus dan selebihnya, saya akan berikan sepanjang tempoh pementasan ini.
"Untuk itu, saya berharap semua peminat dan penonton teater tempatan tidak wajar untuk melepaskan peluang keemasan ini untuk melihat dimensi baru lakonan saya sebagai Zaki," ucapnya luhur sambil disulami ketawa kecil.
Teater yang diterbitkan IB dengan kerjasama Frensis Sdn. Bhd., ini juga telah memilih Kumpulan Utusan sebagai media rasmi serta stesen radio nombor satu negara, Sinar FM sebagai stesen rasmi dalam mempromosikan Badai Semalam.
Maklumat lanjut sila KLIK SINI
0 cit chat cot:
Post a Comment