BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 13, 2011

AKU BUKAN TOMBOY!!

Hai sume...

Ta sabar ase nak tgk cita aku bukan tomboy nie.... Gila kentang lah, coz zaty mmg fan fan fan gla larh kt Scha n Sam.... So, mmg x sabarlah nak tgk cita nie... Apa kta kita ramai-ramai serbu Cineplex Langkawi..heheheh

aku bukan tomboy



Sinopsis Aku Bukan Tomboy:- Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.
Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

Pelakon dan watak
Syamsul Yusof: Harry
Scha : Farisa / Eisha
Salina Saibi : Sam
Shaheizy Sam: Burn
Sheera: Bell

Pengarah: Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi & Drama
Tarikh Tayangan: 17 November 2011
Durasi : 97 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Penulis & Lakon Layar: Syamsul Yusof

p/s: ase2 kowg part yang dowg berlakon kt dataran ade x?agak2 nmpak x viva oren zaty..hahahahaha... klu adew bley mntak percent x?hahahahah

0 cit chat cot:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget